Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !
OMG ! OMG ! OMG ! Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran aku ke peringkat Ijazah ! huhu .. kalau tak aku dah perlu sambung belajar untuk semester 4 .. tapi berkat pertolongan dari seorang pegawai penasihat akademik fakulti, akhirnya aku berjaya jugak banggakan mak ayah aku .. Kalau korang nak tau, aku sekarang ni mengikuti Program Penerapan Diploma Semester 3 ke Ijazah Sarjana Muda UiTM ! Kiranya aku tak perlu belajar semester 4 & 5 untuk terus ke Ijazah .. Alhamdulillah .. sebak + terharu jugak bila dapat tahu yang aku sorang jek yang ditawarkan mengikuti program ni .. macam wakilkan untuk 1 batch plak .. huhu .. nak tengok surat tawarannya ?
Tadaaaa ..
*kena letak watermark, sebab ni urusan yang agak Official .. hehe ..
Tapi kan .. bila aku dah terima tawaran ni .. secara automatiknya aku takkan terima scroll Diploma .. sebabnya aku tak habiskan belajar untuk peringkat tuh .. jadi, aku kenalah fokus & beri 100% komitmen supaya aku dapat pegang scroll Ijazah ! Macam mana kalau kantoi jugak masa amek Ijazah ni ? Aku akan dianugerahkan scroll Diploma, asalkan cukup 90 jam belajar .. hurmmm .. nampaknya aku kena buat yang terbaik .. InsyaALLAH, aku akan cuba sedaya upaya untuk tamatkan pengajian aku di UiTM Puncak Perdana .. Jadi, korang semua doa-doakanlah aku jugak ye .. AMIN .. ^_^