Pesanan : Sila tekan Ctrl + C untuk copy sebarang kod HTML . tQ !

Ahad, Januari 9

TUTORIAL TAB MENU

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !
Okay , kali ni aku nak penuhi permintaan kawan aku ( Nanie Saat ) yang nak tahu sangat macam mana buat tab menu dalam blog .. he3x .. Apa itu tab menu ? Ha ! tulah benda alah yang digunakan untuk meletakkan info yang berlainan di halaman yang berbeza . Maknanya , pengunjung perlu menekan butang yang disediakan untuk melihat isi kandungan di dalamnya . Macam kat blog aku ni .




Bestkan ? Tab Menu ni jugak bleh buat blog korang nampak lebih kemas & teratur . Walau apa pun , aku nak ingatkan kat sini step yang aku tunjukkan ni mungkin agak sukar untuk di fahami .. So , pandai-pandai koranglah yek nak pahamkan macam mana .. he3x .. Orait , jom kita mulakan tutorialnya !


Langkah Pertama : Klik Design kat Dashboard korang .




Langkah Kedua : Klik pada Add Gadget .




Langkah Ketiga : Scroll & cari gadget Pages . Then , Klik untuk tambah gadget tersebut .




Langkah Keempat : Terus ke Dashboard balik & Klik pada Edit Posts .




Langkah Kelima : Kemudian , Klik pulak kat Edit Pages .







Langkah Keenam : Klik butang New Pages .




Langkah Ketujuh : Namakan tab menu mengikut kemahuan korang kat bahagian Page Title . Kemudian isikan maklumat yang korang nak kat ruangan yang besar tu . Then , Klik butang Publish .



Langkah Kelapan : Klik butang Design macam kat dalam gambar tu .




Langkah Kesembilan : Klik butang Edit kat Gadget Pages .




Langkah Kesepuluh : Tandakan kotak kosong kat bahagian yang ditunjukkan dalam gambar . Kalau korang tak tandakan , tab menu tak akan dipaparkan masa pengunjung bukak blog korang tu .




Dah siap sume , korang Klik butang SAVE .. selesai ! Selamat Mencuba !    ;)



p/s : kalau tak faham jugak tinggalkan sebarang pertanyaan kat ruangan komen ni yek




1 ulasan:

yanie.yuhuu berkata...

da bole bt tp nape sy bole post 1 post je kt page tu...memang x bole nk post byk entry ke ??